…. jejakku, cintaku ….

Seikhlas Cinta Ali

Berita itu sampai kepada Ali.

Berita tentang gadis yang sungguh mempesonakannya, baik kesantunannya, ibadahnya, parasnya.

Gadis yang sungguh mengagumkan!

Khabar itu sangat mengejutkan. Puteri kesayangan sepupunya itu dilamar oleh sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah. Lelaki yang berjuang dengan seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh hartanya pada perang badar. Lelaki yang pada hari pertamanya sebagai seorang muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk bersyahadah! Adakah iman dan akhlaqnya diragui? Tentu tidak!

Dari sisi ekonomi, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih layak membahagiakan Fatimah. Ali hanyalah pemuda miskin daripada keluarga miskin.

“Inilah persaudaraan dan cinta,” gumam Ali. “Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

*****

Namun takdir Allah terus mengatasi segalanya. Lamaran Abu Bakar ditolak dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.

Tetapi ujian itu itu rupanya belum berakhir. Datang pula seorang sahabat melamar Fatimah selepas Abu Bakar. Lelaki yang gagah dan perkasa, yang mendapat hidayah selepas didoakan oleh Rasulullah.  Al-Farouq, Umar Ibn Al-Khattab.

Umar adalah lelaki yang berani. Pembela yang gagah. Beliau pasti menjaga Fatimah dengan baik. Umar lebih bersedia daripadanya. Jika dinilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, Ali hanyalah pemuda yang belum bersedia untuk menikah. Umar jauh lebih layak daripadanya. Maka Ali redha.

*****

Walaubagaimanapun, Allah masih punya rancangan lain. Umar juga ditolak. Ali bingung. Menantu seperti apakah yang diinginkan Rasulullah? Apakah yang kaya juga, seperti Uthman? Ali sungguh berbeza dengannya.

“Mengapa bukan engkau yang mencuba, kawan?” kalimat teman-teman ansharnya itu membangunkan lamunan. “Mengapa engkau tidak mencuba melamar Fatimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda Nabi SAW.

“Aku?” tanyanya, tidak yakin.

“Ya, engkau wahai saudaraku!”

“Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?”

“Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”

Ali pun menghadap Rasulullah SAW, menyampaikan hajatnya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Meskipun beliau sedia maklum, secara ekonominya sangat tidak menjanjikan apa-apa pada dirinya. Di rumahnya, hanya ada satu set baju besi serta persediaan tepung kasar untuk makanannya.

Namun untuk meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersedia? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantinya sehingga dia bersedia? Itu sangat keanak-anakan!

Namun Ali bersedia bertanggungjawab atas rasa cintanya. Beliau yakin, Allah Maha Kaya.

“Ahlan Wasahlan!” jawab Rasulullah beserta senyuman.

Ali bingung.

Apakah maksudnya? Ucapan selamat dating sukar ditafsirkan sebagai satu penerimaan atau penolakan.

*****

“Bagaimana jawapan Nabi, kawan? Bagaimana lamaranmu?”

“Entahlah…”

“Apa maksudmu?”

“Menurut kalian, apakah ‘Ahlan Wasahlan’ bermaksud sebuah jawapan?”

“Satu sahaja sudah mencukupi dan kau mendapat dua!” Ahlan sahaja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan ‘Ahlan Wasahlan’. Dua-duanya bererti ya!”

*****

Maka dalam usia 18 tahun, Ali menikahi Fatimah. Dengan menggadaikan baju besi. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan oleh kawan-kawannya, tapi Rasulullah berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Waktu itu juga. Bukan janji-janji, bukan nanti-nanti.

*****
Ali adalah gentlemen sejati. Tidak hairanlah pemuda arab memiliki jeritan, “La Fatan Illa Alliyan!” Tiada pemuda selain Ali!

Adakah Ali pergi menemui Fatimah kemudian menyatakan, “Aku cinta padamu, Bolehkah kamu menungguku?” tidak! Beliau berjumpa walinya, menyatakan perasaannya, kemahuannnya, kesanggupannya.

Itulah gentlemen sejati. Lelaki yang walaupun mungkin menurut orang ramai masih belum siap untuk menikah, tidak pergi mencabul hak walinya dengan ber’couple‘, bahkan tidak pula memintanya menunggu. Kerana dia tahu, Fatimah milik Allah, bukan milik dirinya.

Ali tetap berusaha mematuhi syariat walau risikonya tinggi. Dia percaya. Malah lebih lagi. Dia yakin. Yakin bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.

*****

Jadilah gentlemen sejati.
Mencintailah seperti gentlemen sejati.
Mencintailah seikhlas Ali!
Itulah gentlemen sejati

(Megat Shahrul Imran Bin Ismail-http://www.iluvislam.com)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s